Friday, April 12, 2013

12042013



Assalamualaikum . aku rasa dah nak setahun aku tak tengok blogspot ni . ni terbukak pun sebab tiba-tiba teringat . agak random jugak lah . 

sekarang dah tinggal shah alam . cabaran baru . banyak gila benda baru . dan so far hampir semuanya alhamdulillah positif . HAMPIR bukan SEMUA . Alhamdulillah Allah s.w.t bagi chance nak sambung degree . semua ni aku try buat untuk bagi kat mak bapak . bulan lima ni konvo . bukan main seronok aji dol dgn hjh rubi . you deserved it . ni je cara aku nak balas jasa + apa yang mak ayah aku dah buat dari aku kecik . terima kasih banyak-banyak . 

shah alam ? benda paling aku seronok bukan sambung belajar sini , tapi sebab aku dah balik feeling main bola padang . gila . rasanya oktober 2012 baru beli maestri II . ni pantang colour baru , rembat lagi . yang ni maestri III pulak . haish gila . puas jugak lah ada game tiap-tiap minggu . keluar peluh otak pun fresh . betul orang cakap . nak hilangkan stress , bersukan . BUKAN TENGOK MOVIE !!! 

hal sosial ? takdalah kot . tak sempat takda chance lagi lah kot . tapi semua tu kan ada hikmah . yang Atas buat semua benda dengan sebab . tunggu je la bila sampai masa nanti kan . oh paramore baru keluar album weh . so far aku rasa Riot ! still terbaik . tapi aku still respect sebab diorang ada period yang macam down tapi boleh mula balik . that's the band !!! Congratulations hayley , taylor , jeremy , ilan , jon , justin . dah lah . takda apa dah . tahun depan je silap-silap taip lagi kat sini . Assalamualaikum . 

gilatahunniakumengundi

Monday, July 9, 2012

JULAI


julai 2012

julai ni birthday RADHIAH BTE YAAKOB . seorang mak yang paling kebal sebab boleh besarkan anak mcm aku . bulan sama jgk birthday godin , nadia , aunty rohani . 3 org yg byk ajar aku psl hidup . benda baik benda buruk . banyak . selamat hari jadi kalian . moga hidup selalu diberkati . 

hal kerja macam biasa . buat utk godin . benda tu takkan habis . lg lama aku ikut aku buat lg banyak benda aku belajar . jadi bahan lawak tu terima ja la . tu maknanya byk benda kena ambik tau lg . tp time ni mmg berkepok kena . sampai hal rambut sikit pn jd bahan . haish takleh kata apa .

hal sosial tah kemana . tunggang langgang tunggang terbalik . kejap vibe positive . kejap berlawan . sampai bila nak macam tu aku pun tak tau . sampai amsa nanti nampak la semua jalan tu . ikut ja flow nya .

uitm pulak out jugak . dah nk minggu kelima , aku tak study apa . lepas tulis ni br nak start ngadap translation dgn proposal . maknanya akan jd hari yg panjang sebab MAY pun dah start meragam mintak servis . 

aih dah la . malas pulak ngadap lama-lama .

Thursday, June 21, 2012

D B S


kau gadaikan segalanya
tinggi langit tak terkata
dengan harapan dia takkan curang
namun semua musnah sekelip mata

dia bukan segalanya
cinta telah mati
biar apa pun kata hati
realitinya
kau harus pergi

Monday, May 7, 2012

MAY 2012

Assalamualaikum . lama gila aku tak bukak blogspot ni . baru perasan last post 6 jun 2011 . gila lama . ni pun saja bukak alang2 takda buat apa . sekarang ni kt studio , 11:30 pagi . harini bangun awal . since subuh terus tak tidur dah sebab smlm dah tidur lama . then kejap lagi nak jumpa orang untuk bincang hal-hal punca rezeki . harap2 semua okay . 

family

Alhamdulillah mak ayah selamat pergi balik umrah . happy jugak tengok muka lega diorang dapat settlekan umrah lepas brapa tahun tertangguh . cuma sekarang ayah dah tak buat kerja cop2 sumpah orang , so kena jimat sikit .  er jimat banyak . aku pun makin segan nak duduk rumah selalu . bukan apa . segan nak habiskan duit diorang . biar la diorang rasa hidup dua orang senang hati .

uitm

so far syukur gila sebab result last sem naik agak banyak . takda la sampai DL tapi aku rasa betul2 puas hati . thanks pada kawan2 yang ada selalu time susah . jotat , ili , budak2 rumah sewa . oh pasni dah tak sewa rumah since class aku pun satu dua ja seminggu . boleh cut cost sikit + cari duit lebih . harap2 part 6 / last sem ni boleh buat lagi bagus then terus grad dgn senang hati . 

kerja

syukur sebab godin mcm makin percaya . tp tu la . lagi orang percaya lagi berat dan besar tanggungjawab . practice pun kena selalu . dari kerja2 technician , ilmu muzik sampai la ke attitude diri sendiri mesti kena jaga . orang keliling dok perhati ja . kena ingat tinggi mana pun orang suka , tetap akan ada si sumbang yang bila2 masa ja boleh buat hal dgn kita kan . tp agak potong sebab guitar sendiri still takda lagi disebabkan income yang tunggang terbalik . tak fix . yang bayar lambat tu harap2 boleh dicepatkan lah . segan wey nak pinjam duit orang tua selalu . :( . ha time2 bulan ni la tiba2 saja cover lagu monster . 


 saja isi masa lapang masa kt rumah .insyaAllah moga terus dilimpahkan dengan ideologi yg lebih baik .

hidup 

sekarang ni masa mmg byk kt studio dan rumah . dan banyak dengan kawan2 . selesa macam ni . bukan apa . aku lg suka nak kawan dgn semua orang sekarang . sorry kalau ada yang bengang , sakit hati ataupun terasa . tapi macam ni la dola sebenarnya . aku nak kawan . tu ja . 

dah la . barai ni nak menunggu masa lunch hour pi jumpa dara.com punya peserta . dgn selesema lagi . ada masa nnt tulis lagi lah . ciaooooo . salam


lama wey tak letak gambar macam ni 
:D

Monday, June 6, 2011

takda benda yang senang

aku rasa dah lama gila aku tinggalkan blogspot ni . rasa macam terbiar mendatar ja . since last post , tarikh pun 22 mac . memang lama sangat . almost 3 month . for sure banyak benda yang jadi . dari hal study nya sampai lah ke arah musikal nya . banyak gila .

semester 3 semuanya masih okay , tapi terkilan jugak sebab ada loose . kena workout lebih la lepas ni . so cerita cuti , takda apa . macam biasa merempat kat kota . cari ilmu . tp kali ni lain . jumpa tar dulu baru jumpa ilmu . terus kepala dapat 3 jahitan . nasib badan .

progresi musik Alhamdulillah bertambah . cuma takda masa untuk record ja . record pun menumpang nak settle lagu mana kan . haiya . rezeki Tuhan bagi melimpah ruah . dari 2 tayar dah anjak ke 4 tayar . semua yang jadi memang ada hikmahnya . cuma ada statement yang kata dah boleh lupa musik , tumpu production . haih itu ayat pening jugak bila fikir tu .

apa pun thanks pada individu or groupies yang sanggup tahan layan kerenah aku dari dulu sampai sekarang . semuanya nampak masih okay . harap orang akan terus percaya . aku tulis ni pun dlm keadaan orang baru bg kepercayaan lagi . benda tu simple tapi serious libatkan tanggungjawab dan akan beri kesan untuk yang akan datang . harap-harap semuanya akan okay lah . okay aku malas nak type lg even td terus bukan blogspot . kimak .


nadiooooooo
:)

Tuesday, March 22, 2011

22 march 2011

lama gila aku tak bukak blogspot ni
takdak masa
lagipun aku tak rasa yang ada benda yang penting untuk aku tulis kat sini
cuma pagi ni
pelik
aku tido 6:30 pagi
tahu-tahu 8 pagi sedar
terus tak boleh tidur
tak tau apa sebab musabab nya

INGATAN TUHAN

banyak Tuhan ingatkan aku lately
dengan kereta terbabasnya
dengan bahu membengkaknya
haish
dugaan
tp bagus jugak
benda2 mcm ni bikin aku sedar jugak
hidup kalau senang lenang


seronok serampai sangat pun tak boleh
okay aku lost tak tau nak tulis apa
by the way
tak sabar menunggu rilisan dari


NOVEL AMERICAN

harap2 isinya lagi mantap dari yang dulu

Saturday, February 5, 2011

tua dan muda



dah masuk februari
kerja makin bertimbun
orang kata mass comm senang
ha pala lah
mana ada benda senang dalam dunia
kena usaha alau nak berjaya
macam-macam dugaan sampai nanti
harap Tuhan kuatkan semangat nak buat semua tu
aku tulis ni untuk diri aku sendiri
dan untuk kawan-kawan aku sekali
supaya semua sama-sama berjaya

macam MUDA
alangkah indahnya dunia
bila kita semua melangkah kedepan


umur dah 21
dah boleh mengundi dah pun
tanggungjawab pun makin berat
Alhamdulillah
semua nampak makin baik
birthday kali ni pun macam lagi puas hati
sebab ada NADIA IDZHARUDDIN


Terima kasih banyak-banyak pada yang ada untuk makan sama waktu birthday aku haritu
Tuhan ja balas budi korang semua
aku harap semua akan sama-sama berjaya
dan kita semua akan kawan sampai bila-bila

macam MUDA jugak
alangkah indahnya dunia
bila kita semua akan bersama selamanya
Amin

terimakasih21januari2011
nadio,fasyaakeem,wansabira,kentengnad,mael,kecik,kayau,
bob,lali,ajimfira,arepkay.

Monday, December 6, 2010

sekejap . lama


karisma

sekejap ja dah settle . kalah terus . pada aku ada 2 faktor . pemain tak cukup ilmu lagi . then lagi satu atas sebab management . susah kalau jurulatih atau pengurus hanya fikirkan agenda kemenangan sendiri berbanding kebajikan pemain . kalau ya pun nak jadi jose mourinho , biar lah kena caranya . letak position ikut kemampuan pemain , bukan letak positiong ikut selera nak menang . professional . itu lagi bagus kan . patut lah dari dulu tak kemana pun sukan menyepak ni kat dalam melaka . niat nak membantu pun jadi terbantut kalau dah macam tu gayanya .

Rain

sekarang semua technical group dah makin cun . masing-masing dah makin produktif . tambah dengan ada tech yang memang professional . kagum dengan kit yang dia bawak . itu memang total ability yang terserlah as a technical person . hehe . album ketiga pun dah menjengah keluar . secara average aku rasa album tu memang album yang lebih matang . ada certain track yang memang aku betul-betul suka . tapi rasanya semua track aku okay ja kot . haha
si cita-cita

bagus cara si folan 'bekerja' . modalkan sikit ayat-ayat pemanis depan , mungkin semua boleh ada dalam tangan . itu cara si folan lah kot . cuma kadang-kadang benda ni lama-lama orang akan nampak juga . sudah-sudah lah tu . aku anggap apa yang ada sekarang semua rezeki masing-masing . Tuhan pun dah tetapkan bahagian masing-masing kan .

Wallahualam

Monday, November 15, 2010

final dah habis



final dah habis
BEL
CITU
Human Comm
Mass Media
settle
walaupun kalau flash back balik
cuak gila
sebab ada yang tak berapa nak konfiden

tapi nak buat macam mana
benda dah lepas
so tawakal

sekarang tumpu agenda lepas final
KARISMA 2010
tak jauh mana aku target
cuma kalau boleh nak sampai tahap yang tak pernah UITM melaka sampai
harap-harap menjadi percaturan kali ni

sedih sebab tak dapat ikut launching album ni
album yg tenang tapi masih wujud elemen RIOT
maybe habis karisma dapat join riot balik
moga ada ruang dan kepercayaan untuk aku lagi

Amin

Sunday, October 10, 2010

suara dari mulut


mulut
boleh kumat-kamit semua bentuk dan corak
boleh keluarkan semua aroma batin dan jasmani
boleh lafazkan semua bait-bait
tak kira manis atau pahit
mungkin dengan sedikit modal
tak kisah apa pun
janji boleh bikin manusia terpegun
kau boleh dapat apa kau nak
mungkin perhatian perlu lebih

pemikiran kau

hebat


kena ingat

selain yang Atas

ramai lagi yang jadi penonton dalam setaip gerak-geri

agenda november 2010


ini keputusannya
aku korbankan minat aku dalam bidang lain untuk ni
harap semua sama semangat

Amin

Friday, October 8, 2010

Yang Mana Satu

minat






kelebihan


kau mesti nekad buat pilihan dol
ada berapa hari ja lagi



akumemangpalinggemukdalamteam
tapitrycoopertesttengokmacammanapegidiadulu
hehe

Thursday, October 7, 2010

memang salah aku



aku minta maaf pada semua yang terlibat
baik pada individu
ataupun kelompok yang betul-betul kesal dengan tindakan tu
aku tak berniat apa-apa
aku memang menyesal

dol
kau dah boleh ubah cara kau
semua orang sentiasa ada peluang
pegang pada tu ja

insyaAllah

Thursday, September 30, 2010

this is what we called 'hati kering'


rasanya aku dah buat yang paling bagus
untuk aku
untuk diri sendiri
bunyi memang penting diri
tapi rasanya ini SELFISH yang buat orang mampu senyum
walaupun bukan sekarang
tapi akan datang tetap akan senyum
Yang Atas tahu nawaitu aku
kehendak akuHayley Nichole Williams
tunggu yang ni jela
: )





Friday, September 17, 2010

macam biskut

kejap ada

kejap takda


macam biskut



mahu lagi ?

belum tentu boleh beli



:)

tak puas dalam puas

persepsi makin bertambah . err . mungkin menebal . tak kisah la apa yang menebal . meluat mungkin . ataupun rasa teringin . ish . diri sendiri tak pasti itu kemahuan dalam keperluan atau kemahuan mengikut nafsu . kalau orang kata terdesak , itu bukan persoalan . itu juga bukan satu point yang betul sahih . cuma garapan dan olahan yang datang dari mulut dan pemikiran yang mengarut .


aku tak puas

tapi harus rasa puas

kalau tak puas

mari datang puas



puas ?


berapa banyak puas dol


senyummmmmmmmm

Tuesday, September 14, 2010

Aidilfitri


tahun ni semua serba biasa
tak datang pun feel nak beraya sakan
cuma rasa serba salah yang tinggi
dengan warna semua bercabang
haha
itu tak boleh sangkal

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

ciptaan Tuhan


semua orang tahu
semua yang ada
ciptaan Tuhan
so kita tak boleh nak bangga
nak sergah diri hebat
tak boleh
masing-masing ada kurang ada lebih
Tuhan bagi sama rata

so terima ja la
mesti belajar untuk terima dengan apa yang ada
dan terus belajar untuk baik pulih sedia ada
supaya jadi benda yang elok
ikut sesetengah juga kan

*ingatkan diri sendiri
Amin

Wednesday, September 8, 2010

lari / jalan

semua orang ada susah
semua ada orang ada salah

kau !
yang sana tu .
sama jantina kan .
tau la macam mana flow dia .
ikut kiri ka ikut kanan ka
orang boleh nampak juga

kau !
yang tgh muncung mulut
seronok ke jadi macam tu ?
seronok ke bikin macam tu ?
sudah-sudah la tu
yang lain akan sedar diri
so ikut la sama sedar diri

yang nuuuunnn disana tu
berlipat berkain bertutup bagai
tak guna kalau letak tulang kat lidah
keras macam kayu golf
lagi mau api sana api sini
haishh

bulan puasa tiba-tiba jadi panas
ingatkan diri sendiri juga

Amin

Monday, August 30, 2010

sama

jalan cerita ni macam aku dah pernah tengok
tak sama
tak serupa
tapi selari hampir 75%
kot

Amin
aku tak kisah dengan apa ada kat depan
biarlah
memang kau yang sepatutnya buat benda ni
sebab itu hak kau

aku rasa aku nampak apa kemahuan
aku rasa aku tahu pengakhiran
sendiri buntu
tak tau apa mahu bikin untuk pulih
ikut ja la susun alurnya nanti

aku selalu bercakap pasal hak kat sini
where's mine ?

Friday, August 27, 2010

tuding jari

tak elok kalau kita asyik tuding jari kat tempat lain
mungkin ada mungkin tak
tapi selalunya kiri kanan mesti ada bahagian masing-masing

insyaAllah akan nampak nanti

terbangun

kadang-kadang bila terbangun aku perasan yang aku jenis orang yang bermusim.macam-macam musim.itu secara realitinya itu memang diri aku.yes.aku patut ubah.aku mesti ubah.semua tu mungkin akan jadi baik.dan semuanya tak mustahil benda yang baik untuk diri aku sendiri.

aku terbangun bila dengar frasa ' aku datang sini nak belajar do '.aku jadi kagum.aku patut terima kasih dengan frasa tu atas nama peringatan.itu sepatutnya yang dibuat sebab itu nawaitu yang patut dijadikan satu makna yang terbaik untuk diri sendiri.

hebat bila dapat lihat benda yang cantik.hebat bila dapat dengar bunyi yang menarik.hebat bila dapat merasa sesuatu yang kita sendiri tak tau sama ada itu yang depan atau terbalik.tapi apa boleh buat.hebat tak hebat,cuma boleh lihat.itu ja kemampuan yang kita ada setakat ni.

kadang-kadang memang kita tak dapat tahan.banyak benda kita tak dapat tahan.ombak laut.tapi paling susah kita nak tahan kemampuan orang.lambat cepat ja yang jadi penentu jauh mana kemampuan tu boleh kita sekat.nak atau tak.banyak sangat benda yang kita terpaksa ikut arus yang dah sedia ada.kalau rasa masih kuat,cuba lagi cari jalan untuk menyenangkan hati.

Amin

telan / luah . sama saja .

22 august 2010
9:34 pm

: (

ini serius . mesti bantu dia .


bengkak
sengal gila
tak dapat kunyah
tak dapat gigit

harap-harap berbaloi bila cuba baiki

Tuesday, August 24, 2010

mandi malam

tak elok mandi malam
itu selalu pesan haji dol
tapi sekarang kempen pecah lemak
kena lawan perasaan malas
so terpaksa
walaupun risiko selesema dan demam meningkat

haiya

Monday, August 23, 2010

gelak basah

senyum
gelak
bising
memekak

tapi sapa tahu ?

Friday, August 20, 2010

tak sabar

aku nak berbuka dengan semua anggota
bukan komunis
bukan polis
tapi anggota keluarga Haji Abdullah Haji Ahmad
sebab aku tau
macam mana hebat aku jumpa manusia pun
golongan yang terbaik mesti dari keluarga sendiri

untuk golongan yang dah pun buat deskripsi sendiri tentang penarikan diri
harap maaf
aku ada tanggungjawab yang lebih penting bila aku sampai kawasan lendu

Amin

Monday, August 16, 2010

it's from BA

i've sacrifice mine
my pleasure
its all by my own beat
my own greet
no matter how it is
i'm always ready

constant

Friday, August 13, 2010

masih sama takuk lama

jilid satu

memang banyak teka teki . aku sendiri yang cuba berhentikan larian tu . tapi mungkin cara aku nak berhenti tu salah . kaki tersadung . mungkin jugak aku berhenti tak tengok depan . terus langgar apa yang ada depan muka aku sendiri . sampai sekarang ada parut . aku pun tak sure parut tu wujud dalam realiti atau cuma dalam fantasi aku sendiri . nawaitu aku nak tenangkan keadaan . nak surutkan kekacauan . tak tau mana salah mana betul . mungkin jawapan masih sama . masih ditakuk lama .

jilid dua

senyum . banyak benda yang senyum . memang hebat . satu eksperimentasi yang mengagumkan . tapi aku tau aku tak boleh naik tinggi lagi . sampai situ ja taraf aku . itu cara masing-masing . bukan diri aku nak naik sampai ke level yang aku sendiri faham memang bukan untuk aku . aku cuma ikut rentak . kali ni memang ternyata aku masih sama . aku masih ditakuk lama .

jilid tiga

graf sentiasa meningkat dari hari ke hari . dari 10 naik ke 70 . tapi sampai malam ni . mendadak turun ke lima . aku tak larat nak kejar . jalan cerita tak ubah macam satu sinetron yang di adaptasi dari novel atau komik . pengakhiran macam dah boleh agak . saling tak tumpah macam lagu . kadang-kadang bila kita dengar lagu , melodi hampir sama . serupa . tak pun susunan lagu yang boleh kata 90% sama . cuma lirik yang membezakan lagu tu . jadi terpulang pada si penulis lirik macam mana nak tarik minat si pendengar . konklusi masih sama . tetap pada takuk lama .

akucumaharapTuhankuatkansemangataku
Amin

gegar lutut

penat
dengan sukan ipt
then sukol
sukan ipt cuma sekadar suku akhir
jumpa nigeria all star
jumpa macha all star
sampai aku pun dah jadi macam
macha dan nigeria punya player
gelap

haih mentadak mentadu